Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak kekal pendirian sokong Kerajaan Perpaduan bangunkan negara – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 11 Mei: Sarawak mengekalkan pendirian untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dalam visi membangunkan negara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan ahli Kerajaan Persekutuan dan berperanan sebagai penyumbang kepada kestabilan negara.

Sarawak bakal laksana persempadanan semula kawasan DUN tahun ini

“Kami bukan ahli Pakatan Harapan (PH), mahupun ahli mana-mana gabungan, dari segi politik di Semenanjung Malaysia.

“Jadi dalam erti kata lain, kita patuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menstabilkan politik kita supaya kita boleh membangunkan negara, dari sudut ekonomi dan sosial,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, pada Sabtu.

Selain itu, Abang Johari memaklumkan bahawa Sarawak turut mempunyai hala tuju yang sama dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengukuhkan ekonomi dan pelaburan dalam negara.

Kata beliau, hal ini ditunjukkan menerusi penekanan kepada industri semikonduktor dan reka bentuk cip kompaun yang membawa kepada lawatan delegasi Kerajaan Sarawak ke United Kingdom baru- baru ini.

“Kami mempunyai persefahaman dengan semikonduktor Catapult di United Kingdom (UK), satu inisiatif antara kami dan kerajaan British untuk memberi latihan serta untuk kami terlibat dalam penghasilan reka bentuk semikonduktor atau cip kompaun,” jelasnya. Menurut Abang Johari, cip kompaun adalah berbeza berbanding yang biasa kerana dihasilkan dengan kemajuan dalam generatif Kecerdasan Buatan (AI).

Tambahnya, teknologi AI ini sering dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terwujudnya fakulti bagi teknologi tersebut di salah sebuah universiti tempatan dalam Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan