Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu. Foto TVS

Sarawak belum cadang nama untuk Yang Dipertua Dewan Negara baharu

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 11 Mei: Sarawak belum mencadangkan nama bagi Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perkara berkenaan pelantikan baharu bagi jawatan tersebut belum dibincangkan bagi menghormati keluarga mendiang Datuk Mutang Tagal.

“Pelantikan tersebut dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri.

“Kita belum lagi bincang perkara itu, biar kita beri hormat kepada mendiang Datuk Mutang Tagal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, pada Sabtu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal disah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi Jumaat di Institut Jantung Negara (IJN).

Abang Johari yang juga Pengerusi PBB itu menambah, parti itu telah kehilangan seorang pemimpin hebat yang turut dirasai oleh seluruh komuniti Lun Bawang.

“Beliau seorang pemimpin yang baik. Beliau sangat adil kepada semua masyarakat dan menjadi Dayak pertama kumpulan etnik Lun Bawang dilantik jawatan itu.

“Sebagai Presiden Dewan Negara, adalah menjadi keyakinan seluruh masyarakat di Malaysia kepada beliau untuk menjadi Presiden,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan