Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 32.51 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari Sabtu. Foto Bernama

PRK KKB: 32.51 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR

HULU SELANGOR, 11 Mei: Sebanyak 32.51 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka pada 8 pagi tadi membolehkan 39,269 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup pada 6 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada 2 petang.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan