Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu memotong dahan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas berhadapan Warong 2000 Jalan Tun Abdul Rahman Yaakup, Kuching, hari ini. Foto Bomba

Pokok tumbang halang lalu lintas di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub

KUCHING, 11 Mei: Pokok tumbang berhadapan Warong 2000 Jalan Tun Abdul Rahman Yaakup di sini, telah menghalang lalu lintas jalan raya di kawasan itu tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.25 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Sebatang pokok yang tumbang telah menghalang lalu lintas di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi memotong dan membersih sisa pokok dijalankan dengan menggunakan pemotong gergaji dan dibantu sebuah jentolak yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Setelah semua sisa dahan pokok tumbang dibersihkan dan keadaan selamat dilalui kenderaan serta aliran traffik berjalan lancar pihak bomba bertolak balik ke balai.

Operasi ditamatkan pada jam 12.55 tengah hari.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan