Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Pesawat bawa mayat mendiang Datuk Mutang Tagal tiba esok

ByDouglas Elliot

MIRI, 11 Mei: Mayat mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal dijadual tiba di sini, esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 yang membawa keranda mendiang dijangka tiba sekitar jam 10.30 pagi.

“Jenazah kemudiannya akan dibawa ke gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Airport Road bagi upacara penghormatan terakhir.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Timbalan-timbalan Premier dan menteri-menteri lain dijangka menghadiri upacara penghormatan terakhir itu juga,” katanya selesai mesyuarat persediaan upacara berkenaan, hari ini.

Tambahnya, upacara penghormatan terakhir tersebut akan bermula sekitar jam 11 pagi tertakluk kepada ketibaan pesawat.

“Pengunjung dan saudara-mara boleh memberi penghormatan terakhir sehingga jam 10.30 malam,” katanya lagi.

Ujar Gerawat, Kerajaan Sarawak juga membantu dan menanggung segala urusan pengebumian mendiang.

“Kerajaan Sarawak juga membantu urusan membawa bapa beliau yang berusia 90-an dari Ba’ Kelalan menggunakan helikopter,” katanya lagi.

Mendiang Mutang akan dikebumikan di Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir, Isnin ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan