Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui media selepas memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre Kuala Lumpur. Foto Amirah Shawel (TVS)

Mutang miliki hasrat bangunkan masyarakat Orang Ulu – Fadillah

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan yang besar buat masyarakat Orang Ulu, khususnya Lun Bawang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Mutang sebelum ini komited untuk membangunkan komuniti tersebut.

“Beliau telah banyak menyumbang bukan sahaja untuk masyarakat Orang Ulu di kawasan dia sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas tetapi juga seorang yang begitu komited dalam membangunkan masyarakat (Orang Ulu).

“Saya kehilangan seorang kawan dan seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre di sini, hari ini.

Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Februari 2024.

Beliau menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan pada 26 Januari 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan