Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyifatkan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini sebagai seorang pemimpin yang komited dalam usaha reformasi institusi Parlimen Malaysia. Foto Dato' Johari Abdul (FB)

Mutang Tagal komited dalam usaha reformasi institusi Parlimen – Johari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyifatkan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini sebagai seorang pemimpin yang komited dalam usaha reformasi institusi Parlimen Malaysia.

Johari juga berkata, mendiang merupakan seorang pemimpin kebanggaan etnik Lun Bawang yang amat prihatin akan kebajikan rakyat Malaysia dan pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada semua.

“Saya ingin menzahirkan ucap takziah dan rasa sedih saya atas perkhabaran duka pemergian Mutang Tagal yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

“Saya mewakili seluruh Parlimen Malaysia berharap agar keluarga mendiang diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat yang memilukan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahkan Mutang, 69, meninggal dunia pada 11.46 pagi tadi di IJN, selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.

Mutang meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga anak.

Pada 19 Feb lepas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan