Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Mutang pemimpin rendah diri, berjiwa rakyat – Pele Peter

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Mei: Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal diakui sebagai seorang pemimpin yang merendah diri dan berjiwa rakyat, kata Ahli Dewan Negara Senator, Pele Peter Tinggom.

“Mendiang juga seorang yang komited dalam mentransformasikan Dewan Negara sebagaimana Parlimen yang penting,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau pada masa sama, turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang sekali gus menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang.

Mendiang Mutang Tagal mula menyandang jawatan Ahli Parlimen seawal usia 26 tahun selama dua penggal dan merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 19 Februari lalu.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada jam 11:46 pagi tadi.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan