KUCHING, 10 Mei: Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal mengabadikan diri kepada negara khususnya di Sarawak sejak awal penglibatan mendiang dalam arena politik, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
Oleh itu, pemergian mendiang pada hari ini disifatkan Hanifah sebagai satu kehilangan besar buat negara dan Sarawak.
“Mendiang telah telah menabur bakti kepada negara khususnya di Sarawak seawal penglibatan beliau di dalam politik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Beliau dalam masa sama turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap keluarga serta kenalan rapat mendiang.
“Saya harap keluarga serta kenalan rapat tabah dalam menharungi khabar duka ini,” ujarnya.
Datuk Mutang Tagal merupakan pemimpin kaum Dayak yang pertama dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara dan menyandang kerusi Parlimen Bukit Mas dari tahun 1982 hingga 1990.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada jam 11:46 pagi akibat komplikasi jantung. – TVS