Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah pada sidang media Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri di Dewan Undangan Negeri, Kuching, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS).

Lima acara utama meriahkan Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tahun ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Mei: Kaum Bidayuh menjadi penganjur utama Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tahun ini dengan pengisian lima acara utama pada bulan Mei dan Jun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merangkap pengerusi jawatankuasa kerja utama berkata antara pengisian sambutan Gawai Dayak tahun ini ialah Gawai Bazaar dijadualkan bermula 16 Mei hingga 26 Mei di MJC Open Space, Batu Kawa.

“Kita akan menyediakan pelbagai gerai jualan terbuka kepada semua masyarakat bagi memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil menjana pendapatan,” katanya pada sidang media Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Jumaat.

Tambahnya lagi, Karnival Gawai Dayak 2024 pada 6 hingga 8 Jun di Siburan, Serian, Perarakan Budaya Gawai Dayak 2024 pada 15 Jun di Padungan sehingga Tebingan Kuching, Majlis Makan Malam Gala Gawai Dayak 2024 pada 22 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Roland berkata, kelainan sambutan Gawai Dayak tahun ini adalah pelancaran Penerbitan ‘Coffee Table Book’ dan Risalah Pelancongan pada September ini yang memaparkan keunikan budaya Orang Ulu, Iban dan Bidayuh yang bakal diadakan di Sri Aman.

“Tujuannya adalah untuk membangunkan produk pelancongan Gawai baharu serta menyediakan pengalaman bermakna dalam memahami intipati asli Gawai dalam kalangan kaum Orang Ulu, Bidayuh dan Iban.

“Usaha itu merupakan kerjasama dengan BEsarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk mempamerkan pelbagai produk berkaitan perayaan sambutan Gawai Dayak ke sektor pelancongan bagi tujuan pemasaran serantau dan global,” tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir pada Majlis Makan Malam Gala Gawai Dayak 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan