KUCHING, 10 Mei: Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) yang juga isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyerikan Majlis Ramah Tamah Gongxi-Raya-Gawai Sabati High Tea 2024, di sini hari ini.
Beliau serta 70 orang tetamu yang lain termasuk warga Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan ahli Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota (MAKSAK) Wanita Sarawak meraikan majlis berkenaan di Hotel Grand Margherita Kuching.
Majlis menyaksikan Juma’ani melakukan simbolik perasmian dengan memotong kek Gongxi-Raya-Gawai dan seterusnya merakam gambar kenangan bersama ahli-ahli Sabati dan ahli Maksak Wanita Sarawak yang hadir.
Turut hadir Timbalan-Timbalan Presiden SABATI, Dato Doreen Mayang, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Datin Sri Enn Ong Siok Ean serta Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin. -TVS