Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negara Datuk Mutang Tagal

DUN Sarawak: Bertafakur untuk mendiang Datuk Mutang Tagal

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini bertafakur untuk mengutuskan doa mengikut kepercayaan masing-masing atas pemergian Speaker Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.

Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Idris Buang mengumumkan khabar duka itu semasa pemasyhuran mesyuarat pada petang ini.

“Yang Berhormat Datuk Mutang Tagal meninggal dunia semasa Dewan sedang mendengar usul perbahasan daripada Yang Berhormat Tanjong Datu (Azizul Annuar Adenan) dan semasa Duta Besar Azerbaijan berada dalam Dewan,” katanya.

Mutang, 70, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Mendiang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Februari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan pada 26 Januari 2024.

Mendiang sempat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara selama tiga bulan bagi penggal Parlimen Malaysia ke-15.

Mutang dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan calon tunggal untuk jawatan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan