Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, tengah malam tadi. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Maut langgar pembahagi jalan

BySaibi Gi

KUCHING, 9 Mei: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Febrian Decster Thomas, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan Rescue Tool untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit (di ruang pemandu). Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 12.44 tengah malam tadi, seterusnya menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian.

Kemalangan itu turut membabitkan seorang penumpang.

“Seorang mangsa dalam kedaan sedar dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dihantar ke hospital,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan