Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan belum memuktamadkan keputusan untuk menghentikan subsidi pendidikan kepada pelajar yang berlatar belakangkan keluarga kaya, kata Fahmi Fadzil. Foto hiasan, Bernama.

Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei

ByBernama

PUTRAJAYA, 9 Mei: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888 dan sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga 6 petang pada 2 Jun 2024.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 395,870 calon telah berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan