Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera selepas terjun ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran kedai Jalan Bukit, Taman Jelita, Miri, malam tadi. Foto Bomba

Kebakaran bilik sewa, dua lelaki terjun kedai tiga tingkat selamatkan diri

MIRI, 9 Mei: Dua lelaki cedera selepas terjun menyelamatkan diri dalam kebakaran kedai di Jalan Bukit, Taman Jelita di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 27 tahun mengalami kecederaan luka di bahagian belakang badan manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun cedera pada bahagian pinggang dan kaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu 9.29 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri dengan bantuan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan kedai tiga tingkat yang dijadikan bilik sewa. Kebakaran berlaku pada tingkat dua dengan kemusnahan 100 peratus manakala tingkat tiga hanya 10 peratus.

“Anggota bomba membuat pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran tersebut melibatkan kecederaan pada dua mangsa lelaki akibat terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri.

“Kedua dua mangsa dihantar ke Hospital Miri menggunakan unit EMRS untuk mendapat rawatan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan