Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Autonomi pelancongan, beri kuasa Sarawak gubal undang-undang sendiri

ByShafik Ahmad

KUCHING, 9 Mei: Kerajaan Sarawak akan mempunyai kuasa untuk membuat perundangan berkaitan pelancongan di wilayah ini sekiranya Perkara 25A (Pelacongan) dalam Senarai Persekutuan dipinda kepada Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata perkara itu telah diusulkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, pengembalian semula hak autonomi bagi sektor pelancongan di Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan membolehkan pihaknya memudah cara pelbagai urusan termasuk pelancongan rentas sempadan dan menggalakkan pelaburan dalam perniagaan tempatan.

Ia bagi mengeluarkan ‘pelancongan’ daripada Perkara 25A (Pelancongan) dalam Senarai I (Senarai Persekutuan) kepada Senarai III (Senarai Bersama) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

“Dengan kerjasama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan di bawah Senarai Bersama, jika pindaan diluluskan, kerajaan Sarawak akan mempunyai kuasa untuk membuat perundangan berkaitan pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Terma ’pelancongan’ tiada dalam mana-mana senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan pada awalnya.

Bagaimanapun jelas Sebastian Ting, pada 1994, perkataan itu dimasukkan ke Senarai Persekutuan jadual berkenaan oleh Akta A885 dan mula berkuat kuasa pada 26 Jun 1994. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan