Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan bawang ke negara jiran Indonesia di Sektor Op Awas/Keris Parang di Bau, semalam. Foto ATM

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup bawang ke Indonesia

BAU, 8 Mei: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan bawang ke negara jiran Indonesia di Sektor Op Awas/Keris Parang di sini, semalam.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, sepasukan anggota TDM melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) sedang melaksanakan penugasan rondaan di Ladang Kelapa Sawit Empaling Kampung Stass, Bau.

Menurutnya, dalam jarak lebih kurang 400 meter dari sempadan Indonesia mereka telah menahan dua buah lori jenis Toyota Dyna 7.5 tan dan Mitsubishi Canter 5 tan pada jam 9.30 malam.

“Lori berkenaan sedang membawa muatan yang bertutup menuju ke negara Indonesia dengan menggunakan jalan tidak sah. Hasil daripada pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut dipandu oleh warga tempatan berusia 32 tahun dan 53 tahun.

“Lori jenis Toyota Dyna 7.5 tan telah membawa muatan sebanyak 5,300 kilogram bawang Holland dianggarkan berjumlah RM 26,500 manakala Mitsubishi Canter 5 tan telah membawa muatan sebanyak 7,000 kilogram bawang Holland dianggarkan berjumlah RM 35,000,” katanya salam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua hasil rampasan termasuk dua buah lori dianggarkan berjumlah RM181,500.

“Kesemua barang rampasan beserta dua orang warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya.

“Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan