Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Screenshot

Safiq Rahim pemain bola sepak terbaharu jadi mangsa serangan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim membuat laporan polis selepas mendakwa diserang dua lelaki bermotosikal di Johor Bahru, malam tadi.

Menerusi perkongsian salinan laporan polis di Instagram, difahamkan kejadian berlaku selepas Safiq pulang mengambil barang di Pusat Latihan JDT di Sri Gelam kira – kira pukul 10.05 malam tadi.

Safiq membuat laporan di Balai Polis Larkin.

“Tak sangka saya pula kena attack berhampiran Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga – jaga,” tulisnya.

Sebelum ini pemain JDT yang dipinjamkan ke Terengganu FC, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, pada minggu lepas.

Akibat kejadian itu, pemain kelahiran Kedah itu mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Pada Ahad, dunia bola sepak tempatan digemparkan dengan kes penyerang Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid di luar sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Faisal yang lebih dikenali sebagai Mikey disahkan melecur tahap empat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Kecederaan parah itu dikhuatiri boleh menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Sementara itu menerusi laporan polis yang dikongsi, Safiq mendakwa kejadian berlaku ketika dia memandu menghala ke Pantai Lido.

“Secara tiba – tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya mengeluarkan tukul besi dan mengetuk cermin belakang kereta saya,” kongsinya menerusi laporan berkenaan.

Bekas kapten pasukan kebangsaan itu menerusi laporan berkenaan juga mendakwa, kedua – dua lelaki berkenaan kemudian berhenti di hadapan keretanya dan menunjukkan tukul.

“ Saya yang ketakutan telah mengundur kereta dan kedua – dua lelaki itu melarikan diri,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan