MADINAH, 8 Mei: Petugas idaman Tabung Haji (TH) malam tadi berkesempatan menunaikan solat hajat bagi memohon kelancaran tugas sepanjang operasi musim haji 1445H/2024.
Majlis di Hotel Roha Al Madinah anjuran Unit Pentadbiran Madinah itu bermula sebaik masuk waktu Maghrib, disusuli dengan solat hajat yang dipimpin oleh pembimbing agama TH.
Acara diteruskan dengan majlis bacaan surah Yasin dan diakhiri dengan bacaan doa selamat serta solat fardu Isyak.
Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, himpunan solat hajat bersama petugas haji dan penolong petugas haji (PATUH) itu diadakan sebagai ikhtiar terakhir dalam mendapatkan keredaan Allah SWT bagi melancarkan segala urusan.

“Saya menyeru kepada semua petugas sama ada petugas rombongan kebajikan, rombongan perubatan dan PATUH supaya kita dapat bekerja terutamanya bagi sektor Madinah.
“Kita jayakan operasi Musim Haji 1445h/2024M ini dengan cemerlang dan terbaik,” katanya pada majlis itu.
Sokongan emosi dari keluarga diperlukan oleh jemaah haji
Sementara itu penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan bermula pada 9 Mei 2024 manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun 2024. – TVS
Luqman Muhammad melaporkan dari Madinah, Arab Saudi.