Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Dr. Florince Christy merakam gambar kenangan selepas sesi sidang media Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini. Foto TVS

Pertunjukan Big Bike dan Autoshow meriahkan SFCF 2024

KOTA SAMARAHAN, 8 Mei: Kemeriahan Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) akan diserikan dengan pertunjukan Big Bike dan Autoshow 2024 yang berlangsung pada 19 Mei ini.

Pengerusi Penganjur Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024, Kaunselor Dr. Florince Christy berkata, penyertaan pertunjukan Big Bike tersebut disertai peserta dari Kota Samarahan, Kuching dan Brunei Darussalam manakala Autoshow pula disertai peserta dari Kuching dan Kota Samarahan.

Katanya, konvoi daripada Big Bike akan bermula dari pekarangan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hingga ke tapak festival di Aiman Mall.

“Seramai 120 penyertaan untuk Big Bike Show dan 80 penyertaan untuk Autoshow juga telah diterima.

“Big Bike Gathering dan Autshow ini akan berlangsung pada 19 Mei 2024 iaitu hari terakhir festival ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) di MPKS di sini, hari ini.

Penganjuran SFCF pada tahun ini akan menyaksikan percubaan untuk melakukan rekod pameran pelbagai jenis ulam-ulaman iaitu sebanyak 100 jenis dalam Malaysia Book of Records (MBOR) yang akan diadakan pada 18 Mei 2024.

Pameran tersebut akan disaksikan Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Antara jenis ulam-ulaman yang akan dipamerkan termasuklah Ulam Raja, Terung Pipit, Rebung dan banyak lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan