Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang tadi. Foto JPBM

Perkhidmatan Monorel kembali beroperasi sepenuhnya 5 petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Perkhidmatan laluan Monorel kembali beroperasi sepenuhnya pada 5 petang ini dengan kekerapan tren kembali normal kepada tujuh minit di waktu puncak.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ditamatkan.

Menurut kenyataan itu kerja-kerja pembersihan dan baik pulih yang dijalankan pihak Rapid Rail dan pihak berkuasa tempatan berjaya diselesaikan pada 5.55 pagi tadi.

“Pihak operasi dan jurutera struktur juga telah selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan bagi memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi.

“Kekerapan tren kembali normal iaitu waktu puncak setiap tujuh minit dan waktu luar puncak setiap 10 minit,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Rapid Rail menutup sementara empat stesen Monorel untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas di sini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan