Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki terkorban selepas motosikal ditungganginya terlanggar besi yang terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 207.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Foto hiasan Envato

Penunggang motosikal maut langgar besi jatuh dari lori

ByTVS

TAIPING, 7 Mei: Seorang lelaki terkorban selepas motosikal ditungganginya terlanggar besi yang terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 207.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC maut di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Nasir Ismail berkata, insiden berkenaan membabitkan enam buah kenderaan iaitu tiga buah kereta, dua buah motosikal dan sebuah lori.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan gelap kerana ketiadaan lampu jalan apabila besi ‘baby long-shaft’ dari sebuah lori telah tercabut dan jatuh ke atas jalan raya.

“Ia menyebabkan tiga buah kereta melanggar besi itu dan mengalami kerosakan, namun tiada yang cedera.

“Selepas itu, motosikal mangsa telah terlanggar besi sama sebelum terbabas dan terjatuh di kiri jalan.

“Mangsa kemudian meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan berat yang melalui lebuh raya itu,” katanya dalam kenyataan.

Ujar beliau, selepas kejadian menimpa mangsa, sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang wanita berumur 43 tahun telah melanggar motosikalnya yang berada di atas jalan raya sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Inspektor Mohd Shahrin Mohamad di talian 017-9266 286 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan