Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan meletakkan nama Sarawak, terutamanya Miri sekali lagi di peta dunia selepas Taman Negara Mulu. Foto hiasan Envato

MTCP yakin dapat pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO

ByMuqri Aziz

KUCHING, 8 Mei: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yakin mendapat pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dilihat dapat mempromosikan Sarawak terutamanya Miri di peta dunia.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jika pengiktirafan itu berjaya dicapai, Sarawak menjadi satu-satunya di Malaysia yang mempunyai dua Tapak Warisan Dunia selain Taman Negara Mulu dan secara tidak langsung dapat memacu pelancongan wilayah ini.

Ujarnya, keputusan itu akan dibuat dalam satu persidangan yang akan diadakan di India pada bulan Julai ini.

“Sudah tentu jika kita mendapat pengiktirafan ini, ia akan meletakkan Sarawak di mata dunia dan secara tidak langsung mampu menarik minat pelancong yang mahu melawat kesemua Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf UNESCO di dunia.

“Apa yang kita lihat serta pandangan yang kita terima daripada pemeriksa UNESCO dari India yang datang ke Taman Negara Niah, kami yakin kita akan dapat mengiktirafan itu. Jika tidak, saya akan sangat kecewa,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak ke Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Hussaini dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Nancy Jolhi.

Gua Niah merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia malah merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia.

Sebelum ini, sekumpulan pengkaji dari University New South Wales turut menemukan bukti bahawa Gua Niah pernah didiami manusia sejak lebih 45,000 tahun lalu.

Sebagai rekod, Taman Negara Mulu telah mendapat pengiktirafan UNESCO pada tahun 2000 dan Gunung Mulu ini mencapai ketinggian sehingga 2,376 meter dan dikatakan telah berusia lebih 1.5 juta tahun lamanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan