Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ini adalah insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu. Foto, AFP.

Malaysia kecam sekeras – kerasnya serangan terkini Israel ke atas Rafah

ByBernama

Kementerian Luar atau Wisma Putra berkata serangan itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar, jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.

“Rejim Israel bertekad untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Oleh yang demikian, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa,” menurut Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu.

Wisma Putra berkata serangan berterusan ke atas orang awam oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) khususnya di Rafah, Gaza, adalah amat zalim, terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan mereka yang sedang berlindung di kem-kem yang sangat padat dan kini menjadi benteng perlindungan terakhir daripada pencerobohan Israel.

Masyarakat antarabangsa mesti menggandakan usaha untuk memastikan rejim Israel menghentikan tindakan jenayahnya yang disengajakan dan dibawa ke muka pengadilan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan