Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan azab selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu di kediamannya di Jalan Dato Permaisuri, Miri, pagi tadi. Foto Bomba

Kanak-kanak berusia tiga tahun tahan azab jari telunjuk tersepit pada tombol pintu

MIRI, 8 Mei: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan azab selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu di kediamannya di Jalan Dato Permaisuri di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.55 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati jari telunjuk kanan kanak-kanak lelaki tersepit di tombol pintu kediamnnya.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan pemotong cincin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi itu yang bermula jam 11.11 pagi tamat pada jam 12.09 tengah hari yang mengambil masa kira-kira satu jam.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan