Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menterinya Luar Indonesia, Retno Marsudi mewakili negara itu mengecam keganasan terbaharu oleh Israel di Rafah.

Indonesia kutuk serangan Israel ke atas Rafah

ByTVS

JAKARTA, 8 Mei: Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu dilancarkan tentera Israel di bandar Rafah.

Kementerian Luar Negeri Indonesia turut mengecam sebarang percubaan untuk memindahkan penduduk Palestin secara paksa termasuk dari Rafah.

Menterinya, Retno Marsudi berkata, perkara itu tidak boleh diterima kerana ia merupakan jenayah kemanusiaan, lebih-lebih lagi wilayah itu merupakan pintu masuk penyampaian bantuan ketika ini.

“Indonesia mengulangi gesaan agar gencatan senjata segera dan kekal di Gaza dan menghapuskan semua halangan dalam penyampaian bantuan kemanusiaan yang telah berlaku pada masa ini,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) menghentikan kekejaman Israel serta-merta bagi mencegah sebarang malapetaka kemanusiaan selanjutnya.

Sebelum ini, Israel melakukan serangan ke atas Rafah di Gaza pada Isnin (6 Mei) lepas yang menyebabkan 19 orang terkorban.

Insiden ini kembali menjadi tumpuan apabila Rafah merupakan wilayah yang menjadi tempat penyampaian bantuan dari masyarakat antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan