Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Singapura, China dan Jepun menyatakan hasrat untuk melabur di dalam industri biomas di Sarawak. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Singapura, China dan Jepun berminat melabur dalam industri biomas Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Mei: Singapura, China dan Jepun menyatakan hasrat untuk melabur di dalam industri biomas di Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh memaklumkan ketiga-tiga negara itu telah menawarkan untuk membangunkan loji biomas di negeri ini.

“Loji biomas ini dibangunkan daripada sisa buangan kepada tenaga melalui penukaran bahan buangan pertanian, sisa perhutanan dan sisa perbandaran sebagai bahan mentah untuk industri,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang yang bertanyakan sekiranya terdapat minat daripada negara luar untuk membangunkan loji biomas sebagai salah satu punca tenaga bersih pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Katanya lagi, Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) pada ketika ini bekerjasama dengan sektor swasta memulakan projek-projek biomas di Sarawak untuk menghasilkan pelet kayu dengan memanfaatkan bahan daripada hutan yang ditanam.

“Pelet-pelet kayu ini dieksport ke Jepun, Korea Selatan dan Eropah. STIDC akan terus menjalankan kajian ke atas bahan mentah yang lain antaranya buluh, batang sagu, batang kelapa sawit, rumput Napier dan alga,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan