Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau. Foto fail TVS

Pindaan RUU SFC 2024 hapus pertindihan fungsi JHS, SFC – Dennis

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Mei: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) 2024 diyakini akan menghapuskan pertindihan fungsi antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan SFC.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, keputusan meminda RUU terbabit juga akan memberi gambaran jelas kepada kedua-dua entiti tersebut akan peranan serta tanggungjawab masing-masing.

“Pendekatan yang diperkemas ini membolehkan SFC memberi tumpuan kepada mandat terasnya untuk mengurus sumber semula jadi dalam taman negara dan melindungi hidupan liar di seluruh Sarawak, yang membawa kepada inisiatif pemuliharaan yang lebih disasarkan.

“Saya juga berharap dengan lebih banyak sumber yang boleh digunakan, SFC dapat mewujudkan dan membangunkan lebih banyak tarikan alam semula jadi seperti Air Terjun yang unik seperti yang terdapat di kawasan saya Telang Usan, Three Sisters Waterfall Ulu Baram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan RUU Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) (Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Dennis memberitahu, penapisan (refinig), pengukuhan (strengthening) dan peningkatan (enhancing) SFC, adalah tepat pada masanya dalam usaha meletakkan dan mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan Alam Semulajadi Utama khususnya di rantau ini.

Memandangkan Taman Negara dan tarikan alam semula jadi adalah komponen utama dalam Pelancongan Alam Semula Jadi, beliau yakin dengan peranan khusus (focus role) yang dimiliki oleh SFC akan dapat meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan di Taman Negara yang terdapat di Sarawak.

Ia sekali kata Dennis sekali gus akan menjadikan setiap lawatan ke Taman Negara di Sarawak sebagai pengalaman bertaraf dunia oleh rakyat tempatan dan pelancong asing.

Pindaan itu juga katanya akan membolehkan kerajaan mewujudkan Pasukan Pengurusan Taman (Park Management Team) yang sangat berkesan dan cekap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan