Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah

ByBernama

RAMALLAH (Palestin), 7 Mei: Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.

Kira-kira 100,000 orang awam Palestin yang dianggarkan tinggal di kawasan ini akan berpindah, lapor Agensi Anadolu, memetik siaran Radio Tentera Israel.

“Kami meminta pentadbiran AS (Amerika Syarikat) untuk campur tangan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai yang akan mengakibatkan kesan serius,” kata PA dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa yang berpangkalan di Ramallah berkata, ia menghubungi pihak serantau dan antarabangsa, terutamanya AS “untuk menghalang penaklukan Rafah.”

Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Okt lepas. Lebih daripada 34,700 warga Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, selain daripada mengakibatkan kemusnahan.

Hampir tujuh bulan serangan Israel, kebanyakan dari Gaza hanya tinggal runtuhan bangunan mengakibatkan 85 peratus populasinya kehilangan tempat tinggal. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan