Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada syarikat Israel yang dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia kekal pendirian tak benar syarikat berdaftar di Israel jalan aktiviti dalam negara

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Mei: Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel untuk menjalankan sebarang aktiviti di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada syarikat Israel yang dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara.

“Tak ada, kita tak benarkan. Ingat, tahun 2002, yang benarkan kapal Israel masuk adalah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa jadi Perdana Menteri.

“Itu diteruskan sehingga kita batalkan, itu pendirian kita,” kata beliau kepada media selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Dr Mahathir agar kerajaan segera mengusir dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada tentera rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang kini berada di Malaysia untuk Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara.

Pameran DSA dan NASTEC Asia 2024 berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dalam catatan di laman media sosial menggesa Kementerian Pertahanan agar mengarahkan kedua-dua syarikat pembekal senjata untuk segera keluar dari Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua syarikat adalah pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Okt tahun lepas.

Dr Mahathir mendakwa tindakan membenarkan kehadiran syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha negara menentang kekejaman rejim Tel Aviv seolah-olah bersekongkol dengan mereka untuk menumpahkan darah rakyat Palestin termasuk bayi dan kanak-kanak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan