Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek. Foto fail TVS

DUN Sarawak: RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak platform penyatuan, tadbir urus menyeluruh

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Mei: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 diyakini sebagai platform penyatuan kepada gabungan semua pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak secara berpusat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek, lembaga berkenaan sewajarnya diperuntukan hak yang jelas dalam mengawasi serta menguatkuasakan langkah keselamatan dalam sektor pelabuhan bagi memastikan tadbir urusnya secara menyeluruh.

“Penguatkuasaan langkah keselamatan di dalam pelabuhan adalah sebagai fungsi yang ditetapkan dan akan meningkatkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk melindungi bukan sahaja operasi maritim tetapi juga kesejahteraan kakitangan dan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak yang dibentangkan oleh Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, selepas 43 tahun Kerajaan Sarawak akhirnya berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ia menandakan peralihan ketara dalam kawalan salah satu aset maritim utama Sarawak.

“Tahniah kepada kerajaan GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berwawasan kerana menjadikan visi yang ditunggu-tunggu ini menjadi kenyataan. Impian jadi kenyataan!” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan