Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany (lima kiri) menghadiri Majlis Rumah Terbuka UDA 2024; Pesona Aidilfitri @ UDA Land (Sarawak) Sdn Bhd, hari ini. Foto TVS

UDA lancar jualan Neu Pendington mulai suku ketiga 2024

KUCHING, 6 Mei: UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memulakan pelancaran jualan untuk pembangunan Neu Pendington yang akan bermula pada suku ketiga 2024.

Projek pembangunan bersepadu Neu Pendington yang terletak di Pending, Kuching, itu telah mendapat kelulusan pelan bangunan bagi apartmen servis Tower A (Fasa 1A) dan unit ruang niaga (Fasa 1B) daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Kini, UDA dalam proses mendapatkan kelulusan untuk Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) melalui Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan dijangka akan mendapat kelulusan pada bulan Julai tahun ini.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, pembangunan Neu Pendington itu  turut menyediakan kediaman yang kondusif iaitu 347 unit servis  apartmen Tower A (Fasa 1A) serta 247 unit servis apartmen Tower B (Fasa 3A) bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni dan seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti dan masyarakat setempat.

Ia juga seiring dengan konsep penjenamaan UDA; LIFE iaitu ‘Legacy’ (Legasi), ‘Integrated’ (Integrasi), ‘Finesse’ (Ketelitian) dan ‘Enrich’ (Memperkasa).

“Fasa terakhir adalah pembangunan sebuah hotel 12 tingkat (Fasa 3B) yang akan melengkapkan keseluruhan pembangunan Neu Pendington tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka UDA 2024; Pesona Aidilfitri @ UDA Land (Sarawak) Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebagai salah sebuah agensi di bawah KUSKOP, UDA komited menggalas amanah untuk bersama-sama kementerian memperkasa golongan usahawan serta menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul.

Bertepatan dengan peranan ini, UDA serta kerjasama erat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam pembangunan Neu Pendington turut menyediakan unit komersial yang terletak di Pending, Kuching, iaitu pembangunan 30 unit komersial (Fasa 1B) dan juga 235 unit komersial (Fasa 2).

“Pembangunan tersebut merupakan antara usaha UDA memberi galakan kepada usahawan tempatan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menempatkan mereka di ruang komersial UDA yang kondusif bagi melahirkan usahawan berdaya tahan dan berdaya saing dalam aktiviti keusahawanan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan perancangan UDA untuk membangunkan kawasan bandar, seterusnya meluaskan peluang perniagaan di Bumi Kenyalang.

“Selain itu, UDA turut meninjau prospektif pembangunan di negeri ini serta peluang-peluang kolaborasi strategik di Bintulu serta Kota Samarahan, bagi meluaskan lagi pembangunan di negeri Sarawak.

“Semoga usaha murni UDA ini dapat bersama-sama menyumbang kepada perpaduan serta pembangunan ekonomi di negeri Sarawak dan seterusnya memperkasa Ekonomi Madani. Bersama meneruskan Legasi UDA dan bergerak ke arah kelestarian UDA,” ujarnya.

Majlis Rumah Terbuka UDA 2024; Pesona Aidilfitri @ UDA Land (Sarawak) Sdn Bhd yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan serta meraikan para pemegang taruh, pihak berkuasa tempatan, rakan korporat dan pelanggan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan