Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dalam kemalangan membabitkan pikap yang terbabas di Niah, dekat Miri, semalam. Foto Bomba dan Penyelamat

Tiga maut, empat cedera, pikap terbabas

MIRI, 6 Mei: Tiga maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan pikap terbabas di Batu 72, Suai, Niah dekat sini, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa yang maut seorang wanita, Evelyn Shely Manyie, 26, dua lelaki Eddy Indau, 26 dan Jenging Tinsok, 39.

Mangsa yang cedera, dua lelaki berusia 26 dan 34 tahun, seorang wanita berusia 39 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Bomba menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 6.55 petang dan seterusnya menggerakkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dibantu EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bersama 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pikap yang membawa tujuh individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita terbabas ke bahu jalan.

“Dua orang mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pihak bomba melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan empat orang mangsa yang berada di dalam longkang dan seorang mangsa di kawasan semak.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan polis yang tiba di lokasi untuk rawatan lanjut.

“Pihak KKM mengesahkan tiga orang mangsa meninggal dunia manakala empat orang lagi mangsa mengalami kecederaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan