Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam. Foto Terengganu FC (FB)

Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 6 Mei: Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pihaknya telah melantik seorang pegawai polis bertindak sebagai liaison officer menghubungkan polis dengan TFC.

“Melalui pegawai tersebut, kami telah meminta alamat tempat tinggal semua pemain TFC berserta nombor telefon mereka untuk Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal dan anggota Ronda Cegah Jenayah membuat rondaan serta pemantauan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor.

Sebelum itu pada Khamis, pemain TFC Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua individu dipercayai penyamun di kawasan kediamannya di sini.

Mohd Khairi bagaimanapun menafikan kedua-dua kejadian itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Sementara itu, beliau berkata, polis telah memanggil beberapa pemain TFC bagi mengenal pasti motif kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan