Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil sejak 29 April lepas telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 75 orang. Foto AFP

Korban banjir di Selatan Brazil meningkat kepada 75 orang

ByBernama

SAO PAULO, 6 Mei: Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil sejak 29 April lepas telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 75 orang, menurut agensi Pertahanan Awam dalam laporan terbarunya pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 155 orang cedera dan 103 lagi masih hilang manakala 107,600 penduduk telah dipindahkan ke tempat selamat di 334 daripada 496 bandar di negeri itu.

Menurut agensi Pertahanan Awam, kira-kira 780,000 penduduk telah terjejas banjir dengan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan bot atau naik ke atas bumbung dengan harapan dapat diselamatkan oleh helikopter.

Sementara itu, Gabenor Rio Grande do Sul Eduardo Leite menyifatkan keadaan di negerinya umpama sebuah “medan perang”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan