Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak berjaya merampas wang tunai sebanyak RM66,591 dan 36 unit telefon pintar dalam Ops Dadu Mega. Foto fail Bernama

Kes pemerasan RM1.25 juta: Tempoh reman lima polis disambung esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Tempoh reman terhadap lima pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta, akan disambung berikutan akan tamat esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemuanya yang berusia antara 38 hingga 50 tahun itu telah direman empat hari bermula Sabtu lepas.

“Kita akan sambung reman terhadap mereka esok untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas kepada Bernama semasa ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini hari ini.

Razarudin turut mengesahkan penahanan seorang lagi pegawai polis berhubung kes itu, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada enam individu setakat ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan butiran tangkapan baharu itu.

Pada Jumaat lepas, Razarudin memaklumkan tiga pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan di sekitar Jalan Tun Razak di sini bagi membantu siasatan kes pemerasan itu, susulan laporan polis yang dibuat malam sebelumnya.

Dua lagi yang ditahan, masing-masing seorang Inspektor dan Sarjan.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan