Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diiringi Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar pada Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

DUN Sarawak: Tun Wan Junaidi seru ADUN fokus pembangunan sosioekonomi rakyat, masa depan Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 6 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak agar memberi tumpuan terhadap pembangunan sosioekonomi rakyat dan masa depan Sarawak.

Dalam ucapan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, beliau berharap persidangan kali ini dapat dijadikan sebagai platform yang efektif dan efisien bagi membentuk masa depan Sarawak yang lebih cerah.

“Masa depan Sarawak adalah terletak di tangan semua, khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang.

“Saya menyeru agar Ahli-Ahli Yang Berhormat pada persidangan kali ini untuk berbahas secara berhemah dan produktif bertunjangkan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat dan masa depan Sarawak,” katanya.

Ujar Tun Wan Junaidi, kestabilan politik adalah tonggak kepada kesinambungan pembangunan ekonomi Sarawak serta menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Politik yang stabil sangat penting dalam usaha kita untuk menarik pelaburan asing sebagai pemangkin ekonomi Sarawak.

“Kita memerlukan Kerajaan Sarawak yang kukuh untuk memastikan kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan rakyat di samping memantapkan prestasi ekonomi Sarawak dalam jangka masa panjang,” katanya lagi.

Ujar beliau, Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai barisan kepimpinan yang sentiasa mengutamakan agenda pembangunan walaupun mempunyai kepelbagaian latar belakang dan fahaman politik.

“Kejayaan dan kemajuan yang kita nikmati selama ini adalah hasil daripada toleransi politik antara pelbagai pihak berserta inisiatif pembangunan yang telah dilaksanakan.

“Saya menyeru semua pihak terus bekerjasama, berganding bahu dan bersatu hati untuk mengekalkan kestabilan politik demi keharmonian Sarawak dan kepentingan rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan