Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memasuki Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

DUN Sarawak: Perkhidmatan awam nadi penggerak pembangunan

ByKimberly Dickson

KUCHING, 6 Mei: Sarawak bergantung dengan perkhidmatan awam yang unggul dalam menggerakkan agenda pembangunan negeri.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkhidmatan awam merupakan tulang belakang agenda pembangunan bagi mencapai visi menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi.

“Perkhidmatan awam adalah nadi penggerak kepada agenda pembangunan Sarawak bagi mencapai visi menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya berucap pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, perkhidmatan awam merupakan jentera yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan dan melaksana projek-projek untuk manfaat rakyat.

“Saya menyeru semua penjawat awam Sarawak untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien kepada rakyat.

“Dalam proses penyampaian perkhidmatan, kita harus mengamalkan prinsip kerja berintegriti dan profesional supaya penyampaian perkhidmatan dilakukan secara telus dan inklusif,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan