Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri MTCP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa bergambar dengan kumpulan opera Cina. Foto Foto UKAS Miri

Persembahan opera tradisional Cina sempena ulang tahun Kuil Tua Pek Kong Miri ke-111 tahun

MIRI, 4 Mei: Kuil Tua Pek Kong Miri bakal mempersembahkan opera tradisional Cina sempena sambutan ulang tahun yang ke-111 tahun.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata persembahan selama empat hari itu telah dipersembahkan oleh kumpulan opera Cina dari Kuching.

“Bagi meraikan ulang tahun ke-111, mereka telah bersama-sama menganjurkan 4 hari opera tradisional Cina secara langsung di Miri dari 3 hingga 6 Mei.

“Pada hari terakhir iaitu 7 Mei akan menjadi majlis makan malam kepada semua mereka yang datang jauh dan dekat.

“Kita menjangkakan kehadiran yang besar dalam 4 hari ini kerana ini adalah kali pertama kali kita mengadakan opera tradisional Cina secara langsung di Miri. Ini adalah peluang untuk mempamerkan opera tradisional Cina dan akan dipersembahkan oleh kumpulan opera Cina dari Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada Jumaat.

Sebastian memberitahu persembahan itu antara lain bertujuan untuk memperkenalkan opera tradisional Cina kepada orang ramai terutamanya anak muda sekali gus menggalakkan aktiviti budaya dan rekreasi yang sihat.

Selain itu, menurutnya persembahan tersebut diyakini akan memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat serta mempamerkan Sarawak yang terkenal dengan rakyatnya hidup harmoni dalam kepelbagaian budaya.

Sebastian dalam pada itu menjangkakan lebih ramai pengunjung dari pelbagai tempat akan datang terutamanya dari Kuching dan Brunei untuk memeriahkan acara itu.

Beliau menambah terdapat juga perarakan pada 5 Mei yang melibatkan lebih 5,100 peserta daripada 119 kuil, kumpulan agama dan kebudayaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain upacara pemberkatan yang diketuai oleh guru penganut Tao dari Singapura. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan