Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol ditemui selepas mengetuai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto Mohammad Raffiq (TVS)

Lima wartawan Sarawak terima Anugerah Khas Premier Sarawak sempena HAWANA 2024

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Mei: Kerajaan amat menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu pembangunan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Bagi tujuan itu katanya, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyampaikan Anugerah Khas Premier Sarawak kepada lima wartawan dari Sarawak sebagai menghargai sumbangan pengamal media di negeri ini.

“Antara pengisian dalam HAWANA 2024 ini ialah Anugerah Khas Premier Sarawak akan diberikan kepada lima penerima wartawan dari Sarawak dan sekretariat HAWANA juga akan menyampaikan sumbangan kepada pengamal media yang sudah bersara untuk meringkan beban mereka,” tambahnya.

Menurutnya lagi, Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bakal mengetengahkan peranan wartawan sebagai wira yang memperjuangkan kebebasan penyebaran maklumat untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dan pembangunan negara.

Selain itu, antara pengisian semasa persidangan itu ialah pameran yang akan memaparkan sejarah awal perjalanan dan perkembangan aktiviti kewartawanan negara khususnya di Sarawak serta program lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuching seperti Muzium Budaya Borneo, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Kampung Budaya Sarawak (KBS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan