Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol ditemui selepas mengetuai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto Mohammad Raffiq (TVS)

Lebih 1,000 pengamal media termasuk dari luar negara sertai HAWANA di Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Mei: Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada 27 Mei ini  turut dihadiri media dari negara jiran seperti Brunei Darussalam dan Indonesia selain pengamal media tempatan.

Wartawan antarabangsa antara peserta HAWANA 2024.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan tempatan dan wakil media dari negara-negara anggota ASEAN turut dijemput menghadiri HAWANA 2024.

“Untuk HAWANA 2024 ini, kita turut menjemput media dari negara jiran Brunei Darussalam dan Indonesia dan kemungkinan jika program ini berjaya kita akan adakan di masa depan dan menjemput media dari luar negara dan negara jiran.

“Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada media dari luar Sarawak mengenali budaya yang ada di Sarawak dengan lebih dekat lagi,” katanya kepada media selepas mengetuai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertemakan “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana acara tahunan itu.

Untuk rekod, tarikh 29 Mei dipilih sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Hawana 2024 di Kuching akan berlangsung pada 25 Mei, dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan