Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza. Foto Envato

Konflik di Gaza terus jadi “perang terhadap wanita” – UNRWA

ByBernama

GAZA, 4 Mei: Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.

Agensi PBB menerusi kenyataan media di platform X memaklumkan bahawa lebih 10,000 wanita telah terbunuh dan 19,000 yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza.

“Perang di Gaza terus menjadi perang terhadap wanita,” kata UNRWA.

Secara purata, 37 kanak-kanak di Gaza kehilangan ibu mereka setiap hari, lapor Agensi Berita Xinhua yang memetik UNRWA.

Agensi itu berkata keadaan hidup amat “mengerikan” bagi lebih 155,000 wanita hamil atau ibu yang menyusukan anak di Semenanjung Gaza yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan air dan kemudahan kesihatan.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata bilangan kematian akibat serangan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 34,622 dan lebih daripada 77,867 lain cedera sejak konflik Israel-Hamas meletus 7 Okt lepas.

Tags: gaza, UNRWA, Wanita

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan