KUCHING, 3 Mei: Sambutan Hari Wanita Sarawak 2024 pada 25 Mei ini ditunda ke suatu tarikh yang bakal diumumkan nanti.
Perkara itu diumumkan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, kenyataan turut mendedahkan sambutan tahun ini bakal melahirkan senaskah buku berkaitan seramai 26 personaliti wanita Sarawak dalam bidang inovasi dan teknologi di negeri ini.
“Pencapaian mereka dalam bidang ini telah memberikan impak positif kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa dengan beberapa di antara mereka telah meraih pengiktirafan antarabangsa,” menurut kenyataan.
Untuk rekod, JKWS telah menerbitkan buku sejak 2010 yang mengetengahkan wanita Sarawak dari pelbagai bidang.
Ia bertujuan mendokumentasi pencapaian dan sumbangan wanita Sarawak dalam pembangunan negeri, negara dan antarabangsa serta menghargai jasa mereka.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Pengarah JKWS Salmah Jobeli dan ahli-ahli Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS). – TVS