Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menerima kunjungan hormat daripada Datuk Abdullah Saidol di Astana Negeri, Kuching, hari ini. Foto UKAS

Wan Junaidi hasrat adakan program jelajah, dekati rakyat Bumi Kenyalang

ByBernama

KUCHING, 2 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyuarakan hasrat untuk mendekati rakyat Bumi Kenyalang menerusi program jelajah ke seluruh negeri, khususnya melibatkan kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata Wan Junaidi memaklumkan beliau mahu menonjolkan keunikan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak dalam jelajah berkenaan.

Beliau berkata tarikh program itu masih belum ditetapkan, namun Wan Junaidi jelas sangat teruja dengan idea itu, terutama mengenai lawatan ke kawasan pedalaman.

“Yang di-Pertua Negeri juga menasihatkan kami bahawa antara perkara yang harus dijaga ialah keunikan perpaduan di Sarawak. Tun (Wan Junaidi) berhasrat meletakkan dirinya sebagai pemimpin semua kaum dan pastikan perpaduan kaum ini kekal menjadi ciri utama Sarawak,” katanya.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi di Astana Negeri, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon dan pegawai-pegawai kanan UKAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan