SEPANG, SELANGOR, 2 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengisi kuota haji untuk mereka yang mengemukakan permohonan rayuan bagi musim haji 1445H/ 2024 jika ada kekosongan.
Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata segala permohonan rayuaan hendaklah dilakukan sebelum Syawal tahun ini berakhir.
“Kita masih lagi melihat jika ada kekosongan, (jik ada) maka kita akan mengisi dengan rayuan-rayuan yang ada,” kata Syed Saleh ketika ditemui pada Majlis Keberangkatan Petugas Haji Advance Party 1445H/ 2024 di sini, hari ini.
Jelasnya setakat ini rayuan haji Mahram mencatatkan rayuan tertinggi sekali gus diberikan keutamaan untuk musim haji tahun ini.
“Dari segi kekosongan yang agak terhad, kita isikan dengan rayuan-rayuan mahram terlebih dahulu,” katanya. – TVS