Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika aksi terakhir peringkat Kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 menentang Denmark di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, Chengdu, China. Foto AFP

Piala Thomas: Malaysia jumpa Jepun di suku akhir hari ini

ByBernama

CHENGDU (China) 2 Mei: Malaysia dijangka berdepan laluan getir apabila diundi bertemu Jepun pada perlawanan suku akhir Piala Thomas 2024 di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini hari ini.

Dalam majlis undian di sini malam ini, juara Kumpulan C dan juara 14 kali Indonesia diundi bertemu naib juara Kumpulan A, Korea Selatan manakala tuan rumah China (juara 10 kali) bertemu India.

Jaguh Eropah Denmark akan menentang Taiwan untuk satu lagi saingan suku akhir.

Esok, aksi suku akhir Malaysia-Jepun dan China-India akan berlangsung jam 5 petang.

Perlawanan Indonesia-Korea Selatan dan Denmark-Taiwan akan berlangsung Jumaat ini.

Pada edisi lepas di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 3-2 di tangan India.

India muncul juara pada edisi tersebut selepas menewaskan Indonesia 3-0 di pentas final.

Malaysia memulakan kempen Kumpulan D dengan bergaya apabila membelasah Hong Kong Sabtu lalu dan Algeria pada hari berikutnya dengan keputusan sama 5-0 sebelum tunduk kepada Denmark, 2-3.

Mengulas mengenai undian tersebut, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya perseorangan kedua dan ketiga negara mempunyai peluang sama rata dengan Jepun, walaupun kem perseorangan dianggap tidak mantap ketika ini.

“Peluang beregu pula 50-50. Apa yang perlu kita kuatkan ialah fokus, komitmen, psikologinya, itu sahaja yang kita perlu buat (sebelum suku akhir),” katanya kepada media Malaysia, di sini.

Pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia akan menjadi harapan negara untuk menyumbang mata pertama selaku satu-satunya pemain negara menduduki ranking ke-10 dunia manakala yang lain berada di luar kelompok 30 teratas seperti Leong Jun Hao (37) diikuti Cheam June Wei (63) dan Justin Hoh di ranking ke-233.

Di atas kertas, Jepun berada di hadapan dalam kem perseorangan kerana mempunyai Kodai Naraoka (no. 6 dunia) diikuti oleh Kenta Nishimoto (12), Koki Watanabe (21) dan bekas dua kali juara dunia, Kento Momota.

Perlawanan separuh akhir berlangsung Sabtu ini dan final pada Ahad.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan