Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menerima jemputan sempena HAWANA 2024 yang disampaikan Datuk Abdullah Saidol di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Bernama

Persidangan Media Sarawak pertama jadi pengisian sempena HAWANA 2024

ByBernama

KUCHING, 2 Mei: Penganjuran Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 buat julung kalinya di Bumi Kenyalang menjadi antara pengisian menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung di sini pada 25 hingga 27 Mei depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)) Datuk Abdullah Saidol berkata persidangan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri itu menjadi platform untuk mengupas transfomasi industri media ke arah agenda digital.

“Saya rasa ia acara yang tepat pada masanya ketika kita warga media menghadapi suasana evolusi daripada tradisional ke digital dan semestinya Sarawak dengan agenda ekonomi digitalnya, jadi amat tepatlah melibatkan warga media sebagai platform penting untuk meningkatkan pemahaman rakyat.

“Saya harap ia (Persidangan Media Sarawak) akan jadi acara tahunan negeri melibatkan media di Sarawak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, hari ini.

Berbaki kurang daripada tiga minggu, Abdullah berkata penganjuran HAWANA 2024 akan turut mempamerkan beberapa buku hasil karya Wan Junaidi yang sarat dengan ilmu khususnya berkaitan pembangunan negeri.

Menurutnya konsep pameran HAWANA kali ini bakal mengetengahkan perjalanan serta perjuangan wartawan tempatan terdahulu yang signifikan kepada kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

“Kita minta izin daripada beliau (Wan Junaidi) supaya kumpul semua buku yang pernah ditulis untuk dipamerkan (di HAWANA) kerana definisi media bukan sahaja para wartawan tetapi juga melibatkan penulis-penulis buku kerana naskah itu ada maklumat serta ilmu untuk dibaca dan diketahui,” katanya.

Bertemakan “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara anggota ASEAN turut dijemput menghadiri HAWANA 2024 yang merupakan platform penting untuk fraterniti media profesional dan pakar industri, bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.

Perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana acara tahunan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan