Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza. Foto Envato

Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

ByBernama

TOKYO, 2 Mei: Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini, lapor Sputnik.

“Berikutan pengesanan virus avian influenza yang tinggi dengan patogen di Bandar Tomisato, penakaian 57,486 ayam telah dilaksanakan sepenuhnya,” kata pentadbiran wilayah itu pada Khamis.

Digabungkan dengan 10 wabak sebelumnya sejak November 2023, jumlah ayam ditakai di Jepun kerana selesema burung mencecah 1.07 bilion, menurut anggaran Sputnik.

Jika selesema burung dikesan, kuarantin ke atas pengangkutan telur dan ayam dalam radius tiga kilometer akan dilaksanakan di sekeliling ladang ternakan yang mana wabak itu dikesan dan eksport ayam dan telur di luar zon 10 kilometer adalah dilarang.

Pada musim lepas, 84 kes selesema burung direkodkan, mengakibatkan penakaian 17.71 juta burung mengakibatkan kekurangan bekalan dan peningkatan mendadak harga telur di dalam negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan