Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Izdiyad menunjukkan logo Persatuan Kebajikan Veteren Sdadu Braang di Dewan Serbaguna Kampung Braang Bayur di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Kukuhkan kedudukan kewangan persatuan, jaga kebajikan ahli

KUCHING, 2 Mei: Kedudukan kewangan Persatuan Kebajikan Veteren Sdadu Braang (PKVSB) perlu diperkukuh agar dapat menjaga kebajikan ahli-ahli.

Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Kapten Mohamed Izdiyad Irsyaduddin Abdul Malek berkata menceburi bidang keusahawanan seperti menghasilkan kraf tangan untuk diniaga dapat membantu memperkukuhkan kewangan persatuan.

“PKVSB perlu mencari idea-idea baharu dalam menjana pendapatan persatuan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Logo PKVSB di sini, semalam.

Beliau turut menyarankan agar PKVSB bekerjasama dengan persatuan lain agar dapat saling bertukar pendapat dan mencungkil idea baharu.

“Ini membolehkan persatuan bertukar pendapat dan menambah idea untuk melihat apa-apa program atau apa-apa jenis segala bantuan yang boleh disalurkan kepada ahli-ahli persatuan dan memastikan konsep asal penubuhan persatuan yang tak lain tak bukan untuk menjaga kebajikan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan