Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerawat Gala menerima cenderamata dari Zaidi Nasar pada program pagi tadi. Foto TVS

Sistem FWTA mudahkan urusan gaji pekerja asing – Gerawat

KUCHING, 1 Mei: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU) sedang membangunkan sistem Foreign Workers Transformation Approach (FWTA) sebagai platform penggajian pekerja asing di negeri ini.

Penubuhan FWTA adalah selaras dengan Pelan Transformasi Digital dibawah perkhidmatan kerajaan negeri seperti yang digariskan didalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imegresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, sistem yang dibangunkan dengan kerjasama beberapa agensi lain antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dan Jabatan Imigresen Sarawak itu akan menambah baik proses pengambilan pekerja asing selain menjadi saluran utama kepada majikan dalam mengiklan peluang pekerjaan di negeri ini.

Gerawat memberitahu pada masa sama, sistem berkenaan akan memastikan kecekapan dalam tadbir urus kemasukan pekerja asing, sekali gus Kerajaan Sarawak juga akan memantau kemasukan pekerja asing dengan menetap beberapa syarat tertentu.

“Hanya apabila tiada kepakaran didalam negeri dan pekerja tempatan, maka kita akan membenarkan kemasukan pekerja asing.

“Terdapat keperluan dalam mengajikan pekerja asing dinegeri ini. Tetapi ini tidak bermaksud kita akan mengabaikan keutamaan dalam mengajikan rakyat Sarawak sebagai pekerja,” katanya.

Gerawat berkata demikian pada program Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat Negeri Sarawak anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahagian Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MTUC bahagian Sarawak Zaidi Nasar, Setiausaha Agung MTUC Pusat, Kamarul Baharin Mansor dan Setiausaha MTUC Bahagian Sarawak, Chung Fui San.

Sementara itu, Gerawat yang disoal pemberita berhubung status pekerja asing yang tidak mempunyai atau telah tamat permit pekerjaan tetapi masih berkerja di negeri ini, menurutnya Kerajaan Sarawak telah memberikan ruang dan masa kepada majikan untuk memperbaharui permit pekerja asing tersebut.

“Pekerja (asing) ini juga kepentingan kepada industri. Kita bagi ruang dan masa kepada majikan sehingga (bulan) Jun supaya mereka boleh mendaftarkan perkerja mereka kerana kita tidak mahu pekerja haram berkerja di negeri ini,” ujarnya. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan